Oleh holly · 25/05/2026 · 6 paparan
20 Mei 2026, Kunak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di sebuah premis penapisan minyak kelapa sawit (refinery) di daerah Kunak. Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan premis mematuhi keperluan di bawah perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan berkaitan khususnya berkaitan kawalan pencemaran industri dan pengurusan buangan terjadual. Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak JAS turut meneliti operasi sistem kawalan pencemaran, penyelenggaraan fasiliti berkaitan serta kaedah pengendalian buangan yang diamalkan oleh premis. Selain itu, pihak premis turut diberikan penerangan dan nasihat berkaitan kepentingan pematuhan berterusan terhadap aspek pengurusan alam sekitar bagi mengelakkan sebarang pencemaran yang boleh menjejaskan kawasan persekitaran. JAS akan terus mempergiatkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan industri sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_mei2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup