Oleh maizah · 25/05/2026 · 45 paparan
21 Mei 2026, Bukit Merah - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Pengukuhan Klasifikasi dan Pengurusan Bahan Buangan Terjadual di bawah Aktiviti Environmental Health Risk Inventory (EHRI) yang diadakan di Kilang Taiko Bleaching Earth Sdn Bhd. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar, Encik Pravin Segaran A/L Segaran. Lawatan dan taklimat ini dianjurkan oleh Unit Dasar & Perancang, Cawangan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna dan penyelia PKD bagi sistem EHRI yang menjalankan sistem pemantauan inventori di kawasan sensitif receptor. Selain itu, peserta turut mempelajari prosedur dan pengurusan pengendalian bahan buangan terjadual agar sentiasa mematuhi perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. Semoga program ini dapat memupuk dan membina amalan budaya kerja yang sihat dan selamat dalam pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan. Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada PKD Perak dalam mewujudkan sistem yang bermanfaat kepada pengguna. Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_mei2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup