Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI TAPAK BINA- JAS PERAK

Oleh maizah · 25/05/2026 · 43 paparan

21 Mei 2026, Kemunting - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Kesedaran Alam Sekitar di Tapak Bina anjuran syarikat Transsystem Continental Sdn Bhd, Kemunting, Perak. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pen. Jurutera, Encik Muhammad Fauzi Bin Che Din. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang pengurusan pengendalian bahan buangan terjadual semasa aktiviti di tapak bina dijalankan. Selain itu, peserta turut diingatkan agar sentiasa mematuhi perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. Semoga program ini dapat memupuk dan membina amalan budaya kerja yang sihat dan selamat dalam pemeliharaan alam sekitar. Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak syarikat di atas komitmen dalam mewujudkan kesedaran alam sekitar dikalangan pekerja tapak bina. ??Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_mei2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
TAPAK BINA
Lokasi
KEMUNTING
Fail / Media (6)
  • 20262505083435378.jpeg .jpeg Buka
  • 20262505083440753.jpeg .jpeg Buka
  • 20262505083445378.jpeg .jpeg Buka
  • 20262505083449425.jpeg .jpeg Buka
  • 20262505083453738.jpeg .jpeg Buka
  • 20262505083502058.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS