Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN POK SERTA SIASATAN ADUAN DI DAERAH KULIM DAN DAERAH BALING KEDAH

Oleh hakim.hozali · 25/05/2026 · 0 paparan

Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di sekitar Karangan, Batu Putih, Bagan Sena, Tawar, Kuala Ketil dan Padang Meha dan turut menjalankan siasatan aduan berkenaan Sungai Karangan bertukar kehitaman. Sementara itu, pemantauan POK turut dijalankan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Pemantauan juga meliputi kawasan yang disyaki berpotensi melakukan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Kulim dan Baling seperti kawasan Kuala Ketil, Sungai Karangan, Merbau Pulas. Keadaan cuaca dalam keadaan baik sepanjang pemantauan, rondaan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum. Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada [email protected] atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim
Lokasi
Karangan, Batu Putih, Bagan Sena, Tawar, Kuala Ketil dan Padang Meha
Fail / Media (8)
  • 20262405222231212.jpg .jpg Buka
  • 20262405222234914.jpg .jpg Buka
  • 20262405222239139.jpg .jpg Buka
  • 20262405222242717.jpg .jpg Buka
  • 20262405222246342.jpg .jpg Buka
  • 20262405222249810.jpg .jpg Buka
  • 20262405222253248.jpg .jpg Buka
  • 20262405222256545.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS