PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel ยท Program Kesedaran

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

JAS KEDAH 25/05/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
BILIK MESYUARAT JAS KEDAH

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menganjurkan satu taklimat berkaitan Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran kepada para pegawai JAS Kedah dan cawangan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Hardianto Aedy Rahman daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur Taklimat ini turut dihadiri oleh Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab. Taklimat ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berkaitan risiko, tatacara keselamatan dan implikasi negatif kebakaran terhadap nyawa manusia dan alam sekitar secara khususnya. Di samping menjalankan penguatkuasaan alam sekitar, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam keselamatan diri pegawai JAS Kedah terutamanya situasi kebakaran juga penting bagi mengelakkan ancaman dan bahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.