Oleh hakim.hozali · 25/05/2026 · 1 paparan
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda melibatkan Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Kawasan Perindustrian PKNK, Kawasan Perindustrian Taman Ria, Kawasan Perusahaan MIEL Lalang dan Kedah Halal Park selain tapak-tapak pembinaan dan hotspot pembakaran terbuka di kawasan Daerah Kuala Muda terutama sekitar Sungai Lalang, Taman Peruda, Ambangan Height dan Laguna Merbok. Pemantauan juga dibuat ke atas buangan sitaan JAS dalam operasi sebelum ini. Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama pada cuti mingguan dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual, aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bagi mengesan sebarang aktiviti pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan JAS. Jabatan Alam Sekitar mengesa agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka terutama semasa musim kering. Selain menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau secara atas talian melalui http://eaduan.doe.gov.my
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup