Oleh holly · 22/05/2026 · 0 paparan
20 MEI 2026, KOTA KINABALU - Jabatan Alam Sekitar Sabah telah menjalankan penguatkuasaan Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diesel bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah. Operasi ini lebih tertumpu kepada kenderaan berat perdagangan di mana semua kenderaan yang ditahan akan diperiksa berat dan muatannya di stesen timbang oleh JPJ dan seterusnya ujian asap hitam di jalankan ke atas kenderaan tersebut oleh pasukan JAS untuk memastikan asap yang dilepaskan mematuhi standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diese) 1996, AKAS 1974. Operasi bersepadu ini akan sentiasa di jalankan secara berkala bersama agensi seperti JPJ, PDRM (Polis Trafik) dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap pemilik kenderaan sentiasa membuat penyelenggaran berkala agar asap yang di lepaskan dari ekzos kenderaan tidak menjejaskan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_mei2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup