Penerangan
20 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera di sekitar Segambut susulan aduan awam berkaitan insiden pembakaran terbuka.
Tindakan pantas ini merupakan komitmen berterusan pihak Jabatan dalam membanteras punca pencemaran udara demi menjaga kesejahteraan penduduk setempat.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan pembakaran terbuka bagi memastikan kualiti udara dan kelestarian bandar raya kita sentiasa terpelihara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama