Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK INFRASTRUKTUR DI KAWASAN TANAH GAMBUT PERINGKAT NEGERI SELANGOR BIL 1/ 2026

Oleh normuhamad · 22/05/2026 · 2 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek Ketersediaan Infrastruktur di Kawasan Tanah Gambut dan Kawasan Berpotensi Kebakaran pada 14 Mei 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Selangor. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Mesyuarat telah diadakan sebagai persediaan menghadapi fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berlangsung bermula 14 Mei 2026 hingga penghujung September 2026. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan dan penyelarasan pengurusan kebakaran tanah gambut di Negeri Selangor serta perancangan dan pelaksanaan program di bawah peruntukan RMK-13. Perhatian yang serius diberikan berhubung status pengoperasian dan tahap kefungsian semua infrastruktur berkaitan sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi cuaca panas dan kering sepanjang tempoh Monsun Barat Daya. JAS Negeri Selangor merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang hadir dan menegaskan bahawa kepentingan kerjasama bersepadu dalam menangani isu kebakaran tanah gambut demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan serta keselamatan awam.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM
Fail / Media (4)
  • 20262105150351372.jpg .jpg Buka
  • 20262105150354052.jpg .jpg Buka
  • 20262105150356455.jpg .jpg Buka
  • 20262105150403537.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS