Oleh normuhamad · 22/05/2026 · 3 paparan
13 Mei 2026, Kuala Langat – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang bersama Unit Gempur Marin (UNNGERIN) dan Unit Risikan Marin (URM) telah menggempur sebuah Gudang Simpanan yang beroperasi di Jenjarum, Kuala Langat, Selangor. Hasil pemeriksaan mendapati premis menjalankan aktiviti gudang penyimpanan minyak hitam terpakai yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW305 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Premis tersebut telah didapati melakukan kesalaha kerana menjalankan aktiviti penyimpanan buangan terjadual tanpa sebarang kelulusan daripada JAS. Pasukan penguatkuasa JAS telah menahan skid tank dan IBC tank yang mengandungi buangan terjadual SW305 tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan. Persampelan rasmi telah dijalankan bagi tujuan analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia selanjutnya. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada pihak premis berhubung aktiviti penyimpanan buangan terjadual tersebut. Kompuan telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah. Kertas siasatan akan dibuka oleh JAS Cawangan Sepang untuk tindakan pendakwaan selanjutnya. Patuhi undang-undang! Kesalahan berkaitan buangan terjadual boleh menyebabkan mana-mana pihak dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10,000,000.00.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup