PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU KE ATAS KILANG PENAPIS MINYAK DI TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR

JAS SELANGOR 22/05/2026 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU KE ATAS KILANG PENAPIS MINYAK DI TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
TELUK PANGLIMA GARANG

Penerangan

Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengadakan Operasi Bersepadu ke atas sebuah kilang penapisan minyak makanan yang beroperasi di Kuala Langat, Selangor. Hasil pemeriksaan mendapati premis telah melepaskan cecair bewarna putih ke alur air sungai. Persampelan telah dilaksanakan bagi tujuan analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Arahan Lapangan (Field Citation) dan tindakan penahan operasi kelengkapan (POK) telah dikenakan ke atas premis. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak untuk disabitkan dan dibawa ke mahkamah.