Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN ADUAN IKAN MATI DI TAMAN JAYA LAKE, PETALING JAYA OLEH YB. LEE CHEAN CHUNG, AHLI PARLIMEN PETALING JAYA

Oleh normuhamad · 22/05/2026 · 5 paparan

Pada 10 Mei 2026, JAS telah menjalankan siasatan susulan aduan berkaitan kejadian ikan mati di Taman Jaya Lake, Petaling Jaya yang dimuat naik oleh Lee Chean Chung melalui Facebook pada 9 Mei 2026. Hasil siasatan mendapati kawasan tasik dikelilingi kawasan komersial dan residensi berkepadatan tinggi tanpa sebarang kawasan perindustrian berhampiran. Semasa pemeriksaan, hanya dua ekor ikan mati ditemui terapung dan dipercayai sebahagian besar telah dibersihkan menggunakan “net boom” yang dipasang di tasik. Air tasik juga didapati berbau kurang menyenangkan. Temubual bersama pegawai penguat kuasa tasik dan peniaga sekitar memaklumkan kejadian ikan mati telah berlaku sejak 3 hingga 4 hari lalu dan sering berulang, dipercayai berpunca daripada kerosakan pam aerator sejak kira-kira sebulan lalu. Pemerhatian mendapati hanya satu unit pam aerator dipasang dan tidak berfungsi. Pemeriksaan fizikal mendapati terdapat tiga aliran masuk air ke tasik, namun keadaan air didapati bertakung dengan aliran yang terhad. Analisis kualiti air di empat lokasi persampelan menunjukkan bacaan oksigen terlarut (DO) yang rendah, terutama di beberapa titik tertentu. Secara keseluruhan, siasatan mendapati tiada pelepasan efluen daripada industri atau loji yang menjadi punca kejadian ikan mati. Faktor utama yang dipercayai menyumbang kepada insiden ini ialah kegagalan operasi pam aerator, paras oksigen terlarut yang rendah, keadaan air bertakung serta faktor cuaca semasa. Kes disyorkan untuk dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan bagi tindakan lanjut berkaitan penyelenggaraan dan kefungsian tasik.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
PETALING JAYA
Fail / Media (2)
  • 20262105152922457.jpeg .jpeg Buka
  • 20262105152925888.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS