PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN BENGKEL KENDERAAN DAN JENTERA/ KITAR SEMULA KOMPONEN HARAM

JAS SELANGOR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN BENGKEL KENDERAAN DAN JENTERA/ KITAR SEMULA KOMPONEN HARAM
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
RAWANG

Penerangan

12 Mei 2026, Rawang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Gombak telah menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Bengkel Kenderaan dan Jentera/ Kitar Semula Komponen yang beroperasi secara haram di Daerah Hulu Selangor, Selangor bersama pasukan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Pemeriksaan mendapati bahawa premis menjalankan aktiviti pengasingan dan peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) tanpa kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JAS. Premis juga didapati tidak mempunyai lesen perniagaan daripada MPHS dan Lesen Barang Lusuh daripada PDRM. Arahan Lapangan (Field Citation) telah dikeluarkan oleh Penguatkuasa JAS Cawangan Gombak bagi menghentikan aktiviti pemprosesan e-waste dan mengarahkan premis untuk melupuskan e-waste ke Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) yang dilesenkan oleh JAS. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan dan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan terhadap premis tersebut. Persampelan rasmi telah dijalankan dan kertas siasatan akan dibuka bagi tindakan pendakwaan selanjutnya. Semua pihak adalah diingatkan bahawa ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan mana-mana pihak di denda dan dibawa untuk tindakan mahkamah selanjutnya. JAS Negeri Selangor komited dalam memerangi isu e-waste di Negeri Selangor.