PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BARANG SITAAN DI DAERAH KUALA SELANGOR YANG TERLIBAT DENGAN OPERASI HAZARD 3.0

JAS SELANGOR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BARANG SITAAN DI DAERAH KUALA SELANGOR YANG TERLIBAT DENGAN OPERASI HAZARD 3.0
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KUALA SELANGOR

Penerangan

Pada 15 Mei 2026, satu rondaan dan pemantauan barang sitaan berkaitan Operasi Hazard 3.0 telah dijalankan di beberapa premis di daerah Kuala Selangor bermula jam 8.00 malam hingga 2.00 pagi. Premis yang dipantau melibatkan tiga kilang haram di Jalan Harmoni 1 dan Jalan TIAJ 3/1/5 serta premis Reliance Source Enterprise (M) Sdn. Bhd. Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan berlaku di dalam atau sekitar premis. Keadaan premis didapati gelap, pintu pagar berkunci dan pita kondon masih berada dalam keadaan asal. Secara keseluruhannya, rondaan dan pemantauan telah dijalankan dalam keadaan selamat serta terkawal.