Oleh normuhamad · 22/05/2026 · 0 paparan
Pada 16 Mei 2026, JAS Gombak telah menjalankan rondaan, pemantauan pencemaran dan siasatan aduan pembakaran terbuka (PT) di beberapa kawasan sekitar daerah Gombak. Hasil rondaan di Kawasan Perindustrian Selayang Baru, Selayang Indah, Desa Aman, Kepong, Taman Melawati dan Kawasan Perindustrian Ulu Kelang mendapati tiada pelepasan air atau udara yang mencurigakan daripada premis-premis yang dipantau. Bagi siasatan aduan PT di sekitar Taman Selayang Indah, beberapa kesan pembakaran terbuka berhampiran kawasan perumahan telah ditemui. Susulan itu, Notis Amaran Larangan Pembakaran Terbuka telah dikeluarkan kepada penduduk berhampiran yang dikenal pasti. Selain itu, rondaan di kawasan Desa Aman dan Kepong turut mengesan beberapa lokasi yang mempunyai kesan pembakaran terbuka, manakala tiada kesan pembakaran atau asap dikesan di kawasan Taman Melawati dan Perindustrian Ulu Kelang.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup