Oleh normuhamad · 22/05/2026 · 0 paparan
Tahun 2026, sehingga kini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan 48 operasi melibatkan 704 buah kontena yang disyaki membawa buangan terjadual. Operasi pemeriksaan telah dijalankan secara bersepadu melibatkan agensi-agensi seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 435 kontena membawa buangan terjadual yang mana 256 daripadanya adalah buangan elektrik dan elektronik (E Waste). Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan bagi mengarahkan kontena yang membawa buangan terjadual tersebut keluar dari Malaysia. Pemulangan kontena ini adalah amaran tegas bahawa Malaysia tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan berbahaya merentasi sempadan selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Orang ramai adalah diingatkan bahawa sebarang pengimportan buangan terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara dan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta ringgit.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup