PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' KENDERAAN DIESEL BIL 8/ 2026 UKM JAS SELANGOR BERSAMA IPD PETALING JAYA

JAS SELANGOR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' KENDERAAN DIESEL BIL 8/ 2026 UKM JAS SELANGOR BERSAMA IPD PETALING JAYA
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SUBANG

Penerangan

Pada 18 Mei 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Operasi dilaksanakan di bawah beberapa peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel 1996 bagi memantau pelepasan asap kenderaan diesel. Sepanjang operasi, dianggarkan 441 kenderaan diesel melalui lokasi pemeriksaan. Daripada jumlah itu, 71 kenderaan telah ditahan untuk saringan asap secara visual dan 6 kenderaan diarahkan menjalani ujian menggunakan smoke meter. Hasil pemeriksaan mendapati 2 kenderaan gagal mematuhi had pelepasan asap 50% yang ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk pembukaan kertas siasatan untuk tujuan kompaun terhadap sebuah kenderaan, pengeluaran notis arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM, serta satu lagi notis arahan tanpa kompaun.