Penerangan
18 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan ke atas tapak cadangan pembangunan susulan permohonan yang diterima melalui sistem OSC Online Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tinjauan ini dijalankan bagi memastikan sebarang perancangan pembangunan di kawasan tersebut menepati piawaian serta garis panduan alam sekitar yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, pihak penggerak projek berserta kontraktor diingatkan agar sentiasa memberikan komitmen penuh dan mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Amalan pematuhan undang-undang yang baik amatlah penting bagi mengelakkan sebarang risiko pencemaran, di samping memelihara kesejahteraan komuniti setempat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama