PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN AKTIVITI UNIT PENGAWASAN DAN KESEDARAN (P&K)

JAS WP KUALA LUMPUR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN AKTIVITI UNIT PENGAWASAN DAN KESEDARAN (P&K)
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
JAS WPKL

Penerangan

18 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Unit Pengawasan dan Kesedaran (P&K), Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan satu mesyuarat ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat JAS WPKL. Perjumpaan dalaman ini bertujuan untuk membincangkan persediaan, perancangan bajet, serta agihan tugas bagi menjayakan beberapa program kesedaran alam sekitar yang akan berlangsung tidak lama lagi. Fokus utama perbincangan adalah mengenai gerak kerja bagi tiga program utama, iaitu Majlis Anugerah Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di SMK La Salle, pembukaan reruai pameran di Taman Tugu, dan program kemuncak iaitu Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Pembahagian tugas untuk setiap ahli pasukan telah disusun dengan teliti agar setiap aktiviti dapat berjalan dengan lancar mengikut peruntukan yang ditetapkan. Melalui mesyuarat ini, pihak pengurusan berharap semua warga Unit P&K dapat terus memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik. Semoga segala usaha dan program yang dirancang ini dapat memberi impak positif dalam memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah dan juga masyarakat setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama