PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN EIA BAGI PROJEK PEMBINAAN PUSAT DATA DI BUKIT JALIL

JAS WP KUALA LUMPUR 22/05/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN EIA BAGI PROJEK PEMBINAAN PUSAT DATA DI BUKIT JALIL
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Bukit Jalil

Penerangan

18 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi memantau tahap pematuhan syarat-syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak projek pembinaan pusat data (data centre) di sekitar Bukit Jalil. Pemantauan ini dijalankan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak projek tersebut dilaksanakan secara teratur dan mematuhi sepenuhnya piawaian alam sekitar yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, pihak penggerak projek berserta kontraktor diingatkan agar sentiasa memberikan komitmen penuh dan mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Amalan pematuhan undang-undang yang baik amatlah penting bagi mengelakkan sebarang isu pencemaran, di samping memelihara kesejahteraan komuniti di sekitar kawasan tersebut. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama