Oleh carolhumairah · 22/05/2026 · 0 paparan
18 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan sesi lawatan tapak dan perbincangan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kunjungan ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal bagi penganjuran program bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Objektif utama lawatan ini adalah untuk meninjau kesesuaian lokasi, menilai kapasiti tempat, serta melihat keperluan logistik yang ada. Pihak JAS WPKL turut mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak FRIM selaku 'tuan rumah' mengenai jenis-jenis aktiviti yang paling bersesuaian untuk dijalankan di sana nanti. Selain itu, sebagai sebuah agensi kerajaan, pertemuan ini juga ruang terbaik untuk berbincang serta memohon pertimbangan dan budi bicara pihak FRIM bagi memudahkan urusan penggunaan fasiliti di kawasan tersebut. JAS WPKL amat menghargai kesudian pihak FRIM menerima kunjungan ini dan berharap perancangan program WED pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup