Koleksi Gambar

MAJLIS PERPISAHAN RINGKAS PEGAWAI DAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI JAS WPKL

Oleh carolhumairah · 22/05/2026 · 0 paparan

15 MEI 2026, KUALA LUMPUR –Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan satu majlis perpisahan ringkas bagi meraikan pegawai JAS WPKL, Encik Syahrulnizam bin Mazlan, dan pelajar latihan industri, saudara Sanjeev Cumar a/l Sivakumar. Majlis santai ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang berada di jabatan ini. Sepanjang perkhidmatan dan tempoh latihan mereka di JAS WPKL, kedua-dua individu ini telah memberikan komitmen serta kerjasama yang sangat baik dalam menyempurnakan setiap tugasan. Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, satu sesi penyerahan cenderamata telah diadakan oleh warga kerja jabatan bagi menghargai segala memori indah yang tercipta bersama. Seluruh keluarga besar JAS WPKL mendoakan agar Encik Syahrulnizam terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat bertugas yang baharu kelak. Buat saudara Sanjeev pula, semoga pengalaman praktikal di sini menjadi bekal yang berguna untuk menempuh alam pekerjaan sebenar. Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-duanya! #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS WPKL
Lokasi
JAS WPKL
Fail / Media (5)
  • 20262005124417050.jpeg .jpeg Buka
  • 20262005124421456.jpeg .jpeg Buka
  • 20262005124425550.jpeg .jpeg Buka
  • 20262005124429737.jpeg .jpeg Buka
  • 20262005124435253.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS