PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI PEMBENTANGAN AKHIR PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERN) JAS WPKL

JAS WP KUALA LUMPUR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PEMBENTANGAN AKHIR PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERN) JAS WPKL
Tahun
2026
Organisasi
JAW WPKL
Lokasi
JAS WPKL

Penerangan

13 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Satu sesi pembentangan akhir latihan industri oleh Sanjeev Cumar a/l Sivakumar, pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL). Sesi ini diatur bagi memenuhi keperluan penilaian akhir pelajar tersebut, dengan kehadiran pensyarah penilainya dari pihak UTAR. Pembentangan ini memfokuskan kepada hasil kerja, tugasan, dan projek yang telah disiapkan oleh saudara Sanjeev sepanjang beliau menjalani latihan praktikal di JAS WPKL. Selesai pembentangan, satu sesi maklum balas ringkas turut diadakan antara pegawai penyelia JAS WPKL bersama pensyarah penilai bagi menilai tahap prestasi dan disiplin pelajar tersebut. Pihak JAS WPKL berharap segala ilmu, pengalaman kerja, serta teguran membina yang diberikan sepanjang beliau menimba pengalaman di jabatan ini dapat dijadikan bekalan yang berguna. Selamat maju jaya diucapkan kepada saudara Sanjeev, semoga terus cemerlang menempuh alam pekerjaan nanti! #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama