PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) BERSAMA PERSATUAN SAINS TANAH MALAYSIA

JAS WP KUALA LUMPUR 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) BERSAMA PERSATUAN SAINS TANAH MALAYSIA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Universiti Malaya

Penerangan

13 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama wakil Persatuan Sains Tanah Malaysia bertempat di Fakulti Sains Biologi, Universiti Malaya (UM). Pertemuan ini bertujuan membincangkan persediaan awal bagi penganjuran program bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Fokus utama perbincangan adalah untuk menyelaraskan peranan persatuan tersebut yang akan bekerjasama dengan JAS WPKL selaku pelaksana bersama. Pembahagian tugas antara kedua-dua pihak juga telah disusun dengan lebih terperinci bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Melalui kerjasama erat ini, JAS WPKL berharap program yang bakal dianjurkan nanti dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Gabungan tenaga antara agensi kerajaan dan badan persatuan ini pasti akan memeriahkan lagi pengisian program kelestarian pada tahun ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama