PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK DI MRANTI PARK

JAS WP KUALA LUMPUR 22/05/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK DI MRANTI PARK
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Mranti Park

Penerangan

11 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi memantau tahap pematuhan Syarat-Syarat Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak projek MRANTI Park. Pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran fasa pembangunan agar ia dijalankan secara teratur dan menepati piawaian kelestarian alam sekitar yang ditetapkan. Sehubungan itu, pihak penggerak projek berserta kontraktor diingatkan agar sentiasa mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Amalan pematuhan yang baik amatlah penting bagi meminimumkan impak pembinaan terhadap ekosistem sekitar, di samping memelihara kesejahteraan komuniti setempat secara berterusan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama