Oleh carolhumairah · 22/05/2026 · 0 paparan
12 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menghadiri sesi dialog menerusi Sesi 3: "Toxic Tech Invasion: Unmasking the Illegal E-Waste Trade in Malaysia" bersempena dengan program PDRM Special Dialogue V 2026. Program yang membawa tema "Synergized Policing: Securing the Future Together" ini telah dihadiri secara rasmi oleh Pengarah JAS WPKL, Puan Hajah Zuraini binti Ahmad Tajudin, bersama-sama Ketua Unit Pengawasan dan Kesedaran, Puan Effa Nadia binti Mohd Nasir. Kehadiran JAS WPKL dalam sesi dialog khas ini memfokuskan kepada pemerolehan maklumat berhubung kemas kini perundangan terbaharu, selain meneliti hasil penguatkuasaan terkini berkaitan isu jenayah alam sekitar di Malaysia. Lebih bermakna, platform yang menghimpunkan perwakilan daripada pelbagai agensi ini telah memberikan input dan ilmu baharu yang sangat komprehensif serta up-to-date. Pengetahuan strategik yang diperoleh ini amat bernilai bagi memantapkan lagi kesiapsiagaan dan mekanisme pemantauan JAS WPKL dalam mendepani ancaman perdagangan sisa berbahaya secara lebih efektif. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup