Penerangan
Pada 15 Mei 2026, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Bil. 2/2026 telah diadakan bagi membincangkan Kajian Cadangan Penetapan Kaedah Pelupusan Efluen dan Sisa Biojisim serta Penetapan Parameter dan Had Pelepasan Efluen bagi Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Kilang Getah di Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Bahagian Penguatkuasa, iaitu Pengarah Tuan Haji Rosli bin Zul, KPPK Ahmad Saifful bin Salihin, KPP Hazmini bin Hamid, KPP Dr. Ezahtulsyahreen binti Ab. Rahman, Norlaili binti Othman (PKK C12 KUP), Rojiah binti Abu Bakar (PKK C12 KUP), PKK Norhazwan bin Norizan, PPKT Mohd Faiz bin Mohd Aris serta MySTEP Farah Husna binti Saifuddin. Selain itu, turut hadir wakil Bahagian Air dan Marin iaitu KPP Mazriah Ayu binti Abu Bakar, serta KPPK Mehrani binti Saharudin daripada JAS WPKL. Wakil Bahagian Udara pula ialah KPP Dr. TS. ChM. Anuar bin Ishak. Tujuan mesyuarat kali kedua ini diadakan adalah untuk membincangkan Terma Rujukan (Terms of Reference, TOR) yang telah dikemaskini, di samping mendapatkan ketetapan lanjut berhubung pelaksanaan kajian tersebut.