Oleh hashikin · 22/05/2026 · 0 paparan
Seminar Refresher Course Juruteknik Certification For Service Technician Programme (CSTP) Siri 1/202630 April 2026, Pulau Pinang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) lbu Pejabat dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Kepala Batas telah berjaya mengadakan Seminar Refresher Course Juruteknik Certification For Service Technician Programme (CSTP) Siri 1/2026. Seminar Refresher Course Juruteknik Certification for Service Technician Programme (CSTP) Siri 1/2026 telah dihadiri oleh hampir 250 orang peserta yang terdiri daripada juruteknik penyaman udara dan penyejukan (RAC), tenaga pengajar institusi latihan, wakil industri HVAC/RAC, pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian dan pengurusan bahan penyejuk yang telah ditauliah pensijilan CSTP selaras dengan keperluan pematuhan peraturan semasa. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama di Majlis Perasmian adalah YBrs. Ts. Zahari bin Md. Zin, Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kepala Batas dan YBrs.Tuan Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Udara, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Juruteknik bertauliah CSTP memainkan peranan penting dalam memastikan pengendalian refrigeran dilaksanakan secara selamat, cekap dan mematuhi keperluan perundangan. Seiring perkembangan teknologi dan penggunaan refrigeran baharu, terdapat keperluan untuk memastikan juruteknik sentiasa dikemas kini mengenai perubahan peraturan, keperluan pematuhan dan amalan terbaik. Program ini merangkumi penyampaian maklumat pematuhan, teknik pengendalian refrigeran, perbincangan isu teknikal, teknologi dan refrigeran baharu serta penekanan terhadap etika profesional. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini peraturan dan hala tuju negara di bawah Protokol Montreal, memperkenalkan konsep Pengurusan Kitar Hayat Refrigeran (Lifecycle Refrigerant Management), meningkatkan kefahaman terhadap amalan terbaik pengendalian refrigeran, memperkukuh kesedaran aspek keselamatan serta tanggungjawab profesional, di samping memperkasa peranan juruteknik dalam usaha perlindungan alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup