Oleh hashikin · 22/05/2026 · 0 paparan
MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG BIL. 1 TAHUN 2026 DAN TAKLIMAT BERKAITAN PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (PEWAKILAN KUASA KEPADA JABATAN KERAJAAN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PERBADANAN) 2025 KEPADA KERAJAAN NEGERI OLEH JAS PUTRAJAYA GEORGETOWN, 23 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang Bil. 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama Pengarah JAS Pulau Pinang, En.Badlishah Bin Ahmad serta wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi kerajaan. Agenda utama mesyuarat tertumpu kepada penelitian isu-isu pencemaran semasa di Pulau Pinang, pengurusan aduan awam yang lebih efisien, serta penetapan hala tuju strategik bagi perancangan alam sekitar negeri. Perhatian khusus diberikan kepada mekanisme penyelesaian aduan pencemaran bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas dan berkesan. Dalam sesi yang sama, pihak JAS Putrajaya telah dijemput bagi menyampaikan taklimat terperinci mengenai Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pewakilan Kuasa Kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Perbadanan) 2025. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Rosli Bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, dan Encik Ahmad Saifful Bin Salihin, Ketua Penolong Pengarah Kanan. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan peranan agensi kerajaan dan PBT melalui pewakilan kuasa dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan kualiti alam sekeliling. JAS Pulau Pinang menzahirkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama PBT dan agensi kerajaan. Usaha kolaboratif ini adalah bagi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri Pulau Pinang terus terpelihara demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup