Koleksi Gambar

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI NRES KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG

Oleh hashikin · 22/05/2026 · 0 paparan

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI NRES KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG Pulau Pinang, 29 April 2026 — Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah mengiringi Lawatan Kerja Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. Lawatan ini diadakan bagi meninjau situasi semasa di lapangan susulan insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini, yang dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca panas melampau di negeri ini. Turut hadir mengiringi lawatan ialah YB Jason H’ng Mooi Lye, Exco Kerajaan Tempatan & Perancangan Bandar dan Desa merangkap ADUN Jawi, Encik Badlishah Bin Ahmad, Pengarah JAS Pulau Pinang, serta Ts. Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang. Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri menegaskan kepentingan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap serta pematuhan kepada standard keselamatan yang tinggi sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko bencana alam sekitar. NRES melalui Jabatan Alam Sekitar akan terus memastikan tindakan mitigasi dilaksanakan dengan segera serta memantau usaha pemulihan di kawasan terjejas bagi mengelakkan impak berpanjangan kepada ekosistem. Selain itu, kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat dan sektor swasta amat penting dalam memastikan penyelesaian yang mampan dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. JAS Pulau Pinang kekal komited dalam melaksanakan fungsi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara untuk generasi masa hadapan. “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”

Penganjur
NRES
Lokasi
PULAU BURUNG
Fail / Media (5)
  • 20261905154300365.jpg .jpg Buka
  • 20261905154311387.jpg .jpg Buka
  • 20261905154317787.jpg .jpg Buka
  • 20261905154324178.jpg .jpg Buka
  • 20261905154332677.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS