Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 3 Mei 2026

Oleh hidayahbulyan · 22/05/2026 · 0 paparan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 3 Mei 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan rondaan darat di bawah Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan punca-punca pencemaran alam sekitar selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan meliputi kawasan perindustrian, jeti pelabuhan, lokasi pendaratan kapal, alur alir, kawasan perumahan, kampung serta pesisir pantai di sekitar WPL. Hasil rondaan mendapati tiada kejadian pembakaran terbuka, kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di semua lokasi yang diperiksa, termasuk kawasan perindustrian yang turut dipantau pada hujung minggu. Pemeriksaan di kawasan pantai, sungai dan paya bakau juga tidak menemui sebarang petunjuk pencemaran seperti tar ball atau oil sheen. Kesalahan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan denda antara RM25,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya, serta denda tambahan sehingga RM5,000 sehari bagi kesalahan berterusan. Orang ramai digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran melalui talian 1-800-88-2727, emel [email protected] atau portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mei_2026

Penganjur
JASWPL
Lokasi
LABUAN
Fail / Media (3)
  • 20261905153023684.jpg .jpg Buka
  • 20261905153028497.jpg .jpg Buka
  • 20261905153036142.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS