PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 5 Mei 2026

JASWPL 22/05/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 5 Mei 2026
Tahun
2026
Organisasi
JASWPL
Lokasi
LABUAN

Penerangan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 5 Mei 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan terhadap salah satu projek yang tertakluk di bawah kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan ini memberi fokus kepada tahap pematuhan ke atas syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati berlaku ketidakpatuhan yang dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC) serta tindakan Notis. JASWPL menyeru kepada semua pemaju projek yang tertakluk di bawah kelulusan EIA hendaklah sentiasa mematuhi semua syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: [email protected] ?? Portal aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my) #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Mei_2026