Oleh hidayahbulyan · 22/05/2026 · 0 paparan
PROGRAM CERAMAH DI TADIKA KEMAS BALAI POLIS 1 & 2, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) 7 Mei 2026, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – JASWPL menganjurkan program ceramah alam Sekitar di Tadika Kemas Balai Polis 1 & 2, W.P. Labuan. Program ini melibatkan seluruh pelajar tadika yang bertujuan untuk menyemai nilai cintai alam sekitar sejak peringkat awal usia. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai MYSTEP, Puan Nurhidayah Binti Bulyan bertajuk “4 Cara Menjaga Alam Sekitar”. JASWPL turut mengadakan aktiviti yang telah disertai oleh seluruh pelajar tadika. Selain sesi ceramah, JASWPL turut menyusun pelbagai aktiviti interaktif yang mendapat penyertaan aktif daripada semua murid. Program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi. JASWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tadika KEMAS Balai Polis 1&2, Wilayah Persekutuan Labuan di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha kolaboratif dan murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Mei_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup