PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

SEMINAR PEMATUHAN INDUSTRI TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

JAS PULAU PINANG 22/05/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN INDUSTRI TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang

Penerangan

SEMINAR PEMATUHAN INDUSTRI TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 6 MEI 2026, BUTTERWORTH – Seminar Pematuhan Industri Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diadakan selama 2 hari di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena bersempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Sundarajoo A/L Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar. Turut hadir sama ialah Tuan Badlishah Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan perkongsian kepakaran berkenaan perundangan, penyediaan laporan EIA yang komprehensif, penguatkuasaan EIA, serta isu dan cabaran pemerkasaannya. Selain itu, program ini turut memfokuskan kepada peraturan kualiti udara bersih, pengoperasian sistem kawalan pencemaran, serta pelabelan dan pengurusan buangan terjadual. Para pemegang lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) turut diingatkan untuk sentiasa peka terhadap pematuhan syarat lesen bagi memastikan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran dilakukan secara berkala bagi memudahkan penguatkuasaan oleh agensi teknikal seperti JAS. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 465 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang industri. Selain itu, sebanyak 14 booth pameran turut disediakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai teknologi dan perkhidmatan alam sekitar terkini. Majlis penutup seminar telah disempurnakan dengan sesi penyerahan Lesen Premis PYDT oleh Tuan Badlishah Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. Seminar ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di kalangan pihak industri, khususnya dalam menjaga kelestarian alam sekitar di Negeri Pulau Pinang.