PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Bengkel · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 9 Mei 2026

JASWPL 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 9 Mei 2026
Tahun
2026
Organisasi
JASWPL
Lokasi
LABUAN

Penerangan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 9 Mei 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan rondaan darat di bawah Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan punca-punca pencemaran alam sekitar selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan meliputi kawasan perindustrian, jeti pelabuhan, lokasi pendaratan kapal, alur alir, kawasan perumahan, kampung serta pesisir pantai di sekitar WPL. Hasil rondaan mendapati tiada kejadian pembakaran terbuka, kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di semua lokasi yang diperiksa, termasuk kawasan perindustrian yang turut dipantau pada hujung minggu. Pemeriksaan di kawasan pantai, sungai dan paya bakau juga tidak menemui sebarang petunjuk pencemaran seperti tar ball atau oil sheen. Kesalahan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan denda antara RM25,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya, serta denda tambahan sehingga RM5,000 sehari bagi kesalahan berterusan. Orang ramai digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran melalui talian 1-800-88-2727, emel [email protected] atau portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mei_2026