Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

JASWPL DAN APML BERSEPADU CEGAH PENCEMARAN, SATU KES PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN DI LABUAN

Oleh hidayahbulyan · 22/05/2026 · 0 paparan

JASWPL DAN APML BERSEPADU CEGAH PENCEMARAN, SATU KES PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN DI LABUAN LABUAN, 16 Mei 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Labuan (APML) telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi membanteras isu pencemaran alam sekitar di sekitar wilayah ini, hari ini. Rondaan darat secara bersepadu itu memfokuskan pelbagai kawasan berisiko, termasuk zon perindustrian, alur air, taman perumahan, perkampungan, serta pesisir pantai. Pemantauan di tapak perindustrian turut giat dijalankan pada hujung minggu bagi memastikan tiada pelepasan sisa buangan yang menyalahi undang-undang. Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa telah mengesan satu (1) insiden pembakaran terbuka. Tindakan amaran lisan serta-merta telah diberikan kepada pihak terbabit agar menghentikan aktiviti tersebut dan tidak mengulanginya pada masa hadapan. Selain pemantauan di darat, operasi turut diperluaskan ke kawasan perairan daratan dan pantai. Pihak berkuasa mengesahkan keadaan adalah terkawal, dan tiada sebarang insiden pencemaran seperti tar ball mahupun kesan tumpahan minyak (oil sheen) ditemui di sepanjang pesisir pantai. JASWPL menegaskan bahawa sebarang bentuk pembakaran terbuka adalah satu kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Mana-mana individu atau pihak yang disabitkan kesalahan bakal berdepan hukuman yang berat: Denda: Tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta; ATAU Penjara: Maksimum sehingga lima (5) tahun; ATAU Kedua-duanya sekali. Nota: Denda tambahan sehingga RM5,000 boleh dikenakan bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas notis amaran diserahkan. Orang awam diseru untuk terus menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa dalam memelihara kelestarian alam sekitar. Sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran boleh dilaporkan terus kepada JAS melalui saluran berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 E-mel Aduan: [email protected] Portal Rasmi E-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Mei_2026

Penganjur
JASWPL
Lokasi
LABUAN
Fail / Media (3)
  • 20261905150602256.jpg .jpg Buka
  • 20261905150608851.jpg .jpg Buka
  • 20261905150616112.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS