PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI PERBINCANGAN BERKAITAN INDEKS KUALITI AIR MARIN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR BERSAMA CORALKU CONSERVATION

- 22/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERBINCANGAN BERKAITAN INDEKS KUALITI AIR MARIN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR BERSAMA CORALKU CONSERVATION
Tahun
2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Bilik Rafflesia, Aras 2, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu) Pengerusi: Tuan Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil Coralku Conservation termasuk Dr. Natasha Zulaikha, Pengarah CoralKu, Puan Jasmin Mohd Saad, Ketua Pegawai Dasar Awam dan Advokasi Reef Check Malaysia serta pegawai-pegawai kanan JAS. Tujuan sesi ini adalah untuk membincangkan serta memberi pendedahan berkaitan Indeks Kualiti Air Marin dan aspek perundangan yang berkaitan dengan pengurusan serta pemantauan air marin. Sesi ini juga bertujuan untuk memperkukuh kefahaman bersama serta menjadi platform perkongsian maklumat, idea dan pengalaman antara kedua-dua pihak dalam pengurusan kualiti air marin. Secara keseluruhan, sesi ini telah berjalan dengan baik dan diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada serta membuka ruang kepada kolaborasi strategik pada masa hadapan antara JAS dan Coralku Conservation dalam usaha mempertingkatkan pengurusan kualiti alam sekitar marin.