Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS SEMAKAN SEMULA PELAN KONTINGENSI TUMPAHAN MINYAK MALAYSIA (MOSCoP) SIRI 1/2026

Oleh rosmanyah · 22/05/2026 · 0 paparan

Tarikh: 6 & 7 Mei 2026 Perasmian sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS. Sesi libat urus ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Operasi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (NOSC). Sesi libat urus yang telah dihadiri oleh seramai 53 orang terdiri daripada pegawai-pegawai Agensi Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Luar Negara (KLN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi ahli NOSC, pihak swasta seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) serta pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat selaku pihak urus setia. Semakan semula MOSCoP siri pertama ini memfokuskan kepada agenda untuk menambah baik dokumen MOSCoP sedia ada berdasarkan jurang (gaps) yang telah dikenal pasti melalui penilaian Readiness Evaluation Tool for Oil Spills (RETOS) pada tahun 2025 yang telah dipermudahcara oleh wakil daripada ITOPF. Keperluan semakan semula dokumen MOSCoP ini dilihat sangat penting dan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan setiap keputusan tindak balas yang diambil dapat diseimbangkan antara faedah alam sekitar dengan potensi impak kolateral bagi memastikan pemulihan ekosistem berlaku dengan kadar paling optimum.

Penganjur
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Menara PETRA, Putrajaya
Fail / Media (3)
  • 20261905113727656.jpeg .jpeg Buka
  • 20261905113735804.jpeg .jpeg Buka
  • 20261905113742834.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS