Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sesi perkongsian ilmu bertajuk ' THE KYOJO PROJECT: BUILDING RESILIENT COASTAL COMMUNITY IN MALAYSIA
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Bilik Rafflesia, JAS
Penerangan
Tarikh: 27 Mac 2026
Kehadiran : 15 orang
Tujuan :
Untuk berkongsi ilmu berkaitan pengurusan bencana terutamanya pengurusan bencana maritim melibatkan tumpahan minyak. Satu perkongsian ilmu berkenaan kertas konsep bertajuk THE KYOJO PROJECT: BUILDING RESILIENT COASTAL COMMUNITY IN MALAYSIA’ juga dibentangkan oleh Pn. Azila dalam sesi tersebut.
Kertas konsep tersebut memfokuskan tentang kepentingan membangunkan komuniti pesisir pantai yang mampan dan turut menggariskan usul untuk melibatkan komuniti setempat untuk turut membantu pihak Kerajaan dalam perihal tindak balas tumpahan minyak. Usul penglibatan komuniti dalam tindak balas tumpahan minyak adalah berdasarkan kepada falsafah Kerajaan Jepun dalam pengurusan bencana melalui konsep ‘Jijo (Self-Help)-Kyojo (Mutual Help)-Kojo (Public Assistance)’. Konsep Kyojo dengan usul memperkenalkan Tier 0 bagi melibatkan komuniti setempat sebagai responder diterapkan dengan hala tuju membina komuniti pesisir pantai yg mampan serta berdaya tahan terhadap bencana maritim.