Penerangan
22 Mei 2026, Nilai – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dijemput untuk memberikan ceramah bertemakan hindari plastik sekali guna dengan tajuk ceramah: “Pemerkasaan Amalan Hindari Plastik Sekali Guna dalam Kalangan Warga Politeknik Nilai’’
Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Jurutera Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan iaitu Puan Nur Syadah binti Dzolkiple kepada warga Politeknik Nilai dengan bilangan outreach seramai 200 orang termasuk pelajar, pensyarah dan kakitangan politeknik.
Warga politeknik telah didedahkan tentang kesan penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen larangan pembakaran terbuka juga turut diselitkan di dalam sesi ceramah bagi memberikan kesedaran kepada warga politeknik berkaitan impak pembakaran terbuka.
Semoga ceramah ini menjadi medium untuk menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan penjagaan alam sekitar secara amnya.