Oleh nursyadah · 25/05/2026 · 3 paparan
18 Mei 2026, Port Dickson – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menghadiri Jawatankuasa Kerja Sistem Maklumat Geografi (GIS9) Negeri Sembilan sebagai salah satu ahli jawatankuasa. Meysuarat ini bertujuan untuk menyelaras, merancang dan memantau penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam sesebuah organisasi atau jabatan. Antara tujuan utamanya ialah, menyelaras pembangunan GIS untuk memastikan semua data, aplikasi dan penggunaan GIS dijalankan secara teratur dan seragam, meningkatkan perkongsian data geospatial bagi membolehkan maklumat peta dan data geografi dikongsi antara jabatan atau agensi dengan lebih mudah, membantu proses perancangan dan membuat keputusan menggunakan GIS digunakan untuk analisis kawasan, pembangunan, pengurusan sumber dan penyelesaian masalah secara lebih tepat, memastikan standard dan kualiti data dalam menetapkan garis panduan supaya data geografi sentiasa tepat, terkini dan boleh dipercayai, menggalakkan penggunaan teknologi GIS untuk memberi latihan, pendedahan dan sokongan kepada pengguna dalam organisasi, memantau pelaksanaan projek GIS bagi menilai keberkesanan projek serta memastikan pelaksanaan mengikut objektif dan bajet yang ditetapkan, meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat spatial bagi membantu organisasi mengurus data berkaitan lokasi dengan lebih sistematik dan efisien. Jawatankuasa ini penting untuk memastikan penggunaan teknologi GIS dapat menyokong pengurusan, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan secara lebih efektif dan berkualiti serta berfungsi sebagai on stop centre data di Negeri Sembilan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup