PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN SIRI 2/2026

JAS NEGERI SEMBILAN 19/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN SIRI 2/2026
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

15 Mei 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Siri 2/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Negeri Sembilan. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja JAS Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan amanat oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JAS Negeri Sembilan, Encik Abdul Aziz bin Parmin, yang menekankan kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti serta komitmen tinggi dalam perkhidmatan. Dalam ucapannya, Tuan Pengarah mengambil kesempatan untuk mengingatkan dan menegaskan pematuhan terhadap pemakaian baju uniform dan baju operasi seperti yang telah ditetapkan, selaras dengan usaha memupuk disiplin, keseragaman serta imej profesional dalam kalangan warga JAS. Selain itu, majlis turut diserikan sesi perkenalan Penolong Pegawai Kawalan Kanan (PPKK) baharu iaitu Encik Muhammad Faqhrur Ar Razzi bin Rahman yang menggantikan Puan Nur Huda binti Mohd Yusof pada 1 Februari 2026. Diharapkan majlis perhimpunan ini dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.