Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM PERRASMIAN ADMINISTRATIVE SCIENCE – SWCORP CARNIVAL 2026 BERTEMAKAN SUSTAINABILITY IN ACTION, CULTURE IN MOTION: CELEBRATING 10 YEARS OF ASCAR

Oleh nursyadah · 19/05/2026 · 0 paparan

11 Mei 2026, Seremban - Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) meraikan sambutan sedekad Administrative Science Carnival (ASCAR) yang kini dijenamakan semula sebagai Administrative Science – SWCorp Carnival 2026 menerusi kolaborasi strategik bersama SWCorp Malaysia. Bertemakan “Sustainability in Action, Culture in Motion: Celebrating 10 Years of ASCAR”, program ini berjaya menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta melibatkan warga UiTM, pelbagai agensi kerajaan, pelajar sekolah serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh budaya kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia, YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed. Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Prof. Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith. Sebanyak 30 pengisian program melibatkan akademik, inovasi, keusahawanan dan kerohanian telah dilaksanakan sepanjang penganjuran ASCAR bermula 11 hingga 15 Mei 2026. Penganjuran kali ini turut memberi penekanan kepada elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian dan keusahawanan hijau. Antara pengisian utama yang mendapat sambutan komuniti ialah program pengumpulan minyak masak terpakai dan e-waste yang dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai agensi termasuk SWM Environment Sdn. Bhd., Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Kolaborasi strategik bersama institusi pengajian tinggi (IPT) seperti ini akan terus diperkasa oleh SWCorp menerusi pelaksanaan pelbagai program bersama universiti lain yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2026. Pendekatan ini diyakini mampu memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan dalam membudayakan amalan kelestarian, memperluas kesedaran awam berkaitan pengurusan sisa pepejal serta memupuk tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam

Penganjur
SWCORP
Lokasi
SEREMBAN
Fail / Media (3)
  • 20261805172258220.jpeg .jpeg Buka
  • 20261805172310604.jpeg .jpeg Buka
  • 20261805172323581.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS