Penerangan
7 Mei 2026, Negeri Sembilan – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, JASNS menjalankan aktiviti merekod inventori dan rekod bergambar ke atas tujuh (7) unit stesen telaga air bawah tanah baharu di Negeri Sembilan. Tujuan perekodan tersebut adalah untuk mengemaskini keadaan selepas siap pembinaan dan menyemak koordinat kedudukan telaga yang telah siap dibina.
Unit Drone/ GIS melakukan penerbangan drone untuk mencerap gambar setiap pandangan stesen dan mengkooardinat semula lokasi kedudukan stesen tersebut. Maklumat – maklumat tersebut aan dikemaskini di dalam maklumat stesen telaga air bawah tanah di dalam Sistem e-KAS bagi kegunaan rekod persampelan stesen telaga air bawah tanah pada masa akan datang.