PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH BIL 2/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 19/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH BIL 2/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

3 Mei 2026, Seremban – Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menjalankan Program Pengawasan Air Bawah Tanah Bil 2/2026 di empat (4) buah Stesen Pemantauan Telaga Air Tanah yang terletak di Tapak Pelupusan Sampah Cypark, Senawang Edible Oil dan terdapat dua (2) stesen di Kualiti Alam Sdn Bhd, Sendayan. Program pengawasan ini merupakan program berkala yang diadakan pada setiap tiga (3) bulan sepanjang tahun. Dua (2) kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan program ini iaitu kaedah in-situ dimana kualiti air telaga bawah tanah diukur menggunakan peralatan YSI Multi Parameter Pro DSS dan juga kaedah secara analisa makmal yang dijalankan di makmal Jabatan Kimia Malaysia. Tujuan utama program pengawasan ini adalah untuk memantau dan menilai kualiti air secara berkala sepanjang tahun. Ia bertujuan memastikan sumber air berada dalam keadaan terkawal serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, selain mengesan sebarang potensi pencemaran yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam.