Oleh charlie · 18/05/2026 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menganjurkan Program Taklimat Bersempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2026 Peringkat Sarawak bertempat di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 29 April 2026. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Putrajaya. Hari Bumi disambut sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Program ini memfokuskan kepada dua topik penting dalam pengurusan kualiti alam sekeliling bagi memastikan pembangunan di Sarawak kekal lestari iaitu Garis Panduan Pollution Prevention In Industrial Siting (PPIS) 2025 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Program secara kolaborasi ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Sarawak. Program taklimat ini telah dihadiri seramai 70 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Turut hadir sama adalah Tuan John Anak Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak; Tuan Ts. Mohamad Zaihan bin Hj. Lek, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi); Tuan Ahmad Saifful bin Salihin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat; Tuan Ts. Mirza bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak; Tuan Mohd Syahnidzam bin Ahmad, Pegawai Undang-Undang, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat; dan Tuan Mohammad Rahimi bin Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup