Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DI PREMIS YANG DITETAPKAN KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TONGOD

Oleh holly · 18/05/2026 · 0 paparan

14 Mei 2026, Tongod – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sandakan telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas beberapa Premis Yang Ditetapkan (PYDT) melibatkan Kilang Kelapa Sawit (KKS) di daerah Tongod, Sabah. Pemeriksaan yang dijalankan merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala JAS bagi memastikan premis sentiasa mematuhi keperluan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa. Fokus pemeriksaan adalah terhadap pematuhan syarat lesen di bawah Seksyen 16, AKAS 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan yang ditetapkan kepada premis KKS. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk pengurusan buangan terjadual, kawalan pelepasan udara dan efluen industri, keberkesanan sistem kawalan pencemaran, penyelenggaraan kemudahan berkaitan serta pematuhan terhadap dokumentasi dan rekod operasi yang diwajibkan. Melalui pemeriksaan ini, JAS turut menilai tahap pematuhan premis dalam melaksanakan langkah-langkah kawalan pencemaran bagi memastikan operasi industri tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus memperkukuhkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang baik selaras dengan agenda pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar negara. Orang awam turut disaran untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: Portal e-Aduan JAS #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sandakan
Lokasi
KKS di daerah Tongod, Sabah.
Fail / Media (7)
  • 20261805145938994.png .png Buka
  • 20261805145946932.png .png Buka
  • 20261805145956119.png .png Buka
  • 20261805150008494.png .png Buka
  • 20261805150018104.png .png Buka
  • 20261805150047697.png .png Buka
  • 20261805150103416.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS