Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 DI PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT (KKS) DI DAERAH KALABAKAN, SABAH

Oleh holly · 18/05/2026 · 0 paparan

14 Mei 2026, Kalabakan – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan di premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Kalabakan sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala jabatan. Sepanjang operasi pemeriksaan, pegawai penguat kuasa JAS telah meneliti aspek pengurusan buangan terjadual, sistem kawalan pencemaran udara, pengendalian sistem pengolahan efluen, penyelenggaraan peralatan kawalan pencemaran serta semakan rekod dan dokumentasi berkaitan yang diwajibkan di bawah syarat-syarat lesen. Selain itu, sampel efluen di takat pelepasan sistem pengolahan efluen telah diambil bagi tujuan analisis makmal untuk memastikan pelepasan efluen mematuhi parameter dan had yang telah ditetapkan di bawah syarat lesen. Pensampelan efluen ini amat penting bagi memastikan setiap premis sentiasa mematuhi keperluan perundangan alam sekitar serta mengurangkan risiko pencemaran terhadap kawasan persekitaran dan komuniti setempat. Orang awam disaran untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my) #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Lokasi
KKS di Daerah Kalabakan
Fail / Media (10)
  • 20261805145401734.png .png Buka
  • 20261805145410584.png .png Buka
  • 20261805145424209.png .png Buka
  • 20261805145434631.png .png Buka
  • 20261805145445177.png .png Buka
  • 20261805145454396.png .png Buka
  • 20261805145504631.png .png Buka
  • 20261805145514662.png .png Buka
  • 20261805145523756.png .png Buka
  • 20261805145536631.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS