Oleh holly · 18/05/2026 · 0 paparan
13 Mei 2026, Tawau – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah melaksanakan penguatkuasaan di sebuah premis pemprosesan kicap di daerah Tawau. Pemeriksaan dijalankan bagi menilai tahap pematuhan premis terhadap keperluan perundangan alam sekitar, terutamanya berkaitan pengendalian sisa buangan serta kawalan pencemaran daripada aktiviti pemprosesan kicap. Turut diberi perhatian adalah keadaan operasi sistem kawalan pencemaran, amalan pengurusan sisa organik dan tahap penyelenggaraan peralatan yang berkaitan. Dalam masa yang sama, pihak premis telah dinasihatkan agar sentiasa mempertingkatkan amalan pengurusan alam sekitar serta memastikan semua aktiviti pemprosesan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. JAS akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan aktiviti industri kekal terkawal dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_mei2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup