PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

LAWATAN DATUK WIRA KSU KE JAS TERENGGANU

- 19/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN DATUK WIRA KSU KE JAS TERENGGANU
Organisasi
JAS TERENGGANU
Lokasi
JAS TERENGGANU

Penerangan

PROGRAM TURUN PADANG DATUK WIRA KSU NRES KE JAS TERENGGANU Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), dalam satu Program Turun Padang pada 13 April 2026 (Isnin). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri pelaksanaan fungsi jabatan di peringkat negeri serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurusan di samping meninjau tapak cadangan pembinaan pejabat baharu JAS Terengganu di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Sepanjang lawatan, sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambara menyeluruh mengenai operasi, pencapaian serta cabaran semasa yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Program ini mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memastikan tadbir urus alam sekitar dilaksanakan secara berkesan, sistematik dan rensponsif demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ni.